DoudouLinux DoudouLinux

Komputer pilihan mereka!

The site's languages [ar] [cs] [de] [en] [es] [fa] [fr] [it] [ms] [nl] [pt] [pt_br] [ro] [ru] [sr] [sr@latin] [th] [uk] [vi] [zh]

> Bahasa Malaysia > Repositori pakej Debian
WARNING: this section may be still refering to DoudouLinux 1.2 Gondwana. Please browse the English section to learn about DoudouLinux 2.1 Hyperborea.

Repositori pakej Debian

October 2011

All the versions of this article: [čeština] [English] [français] [italiano] [Bahasa Malaysia] [русский] [српски]

DoudouLinux adalah berdasarkan Debian Linux. Untuk membina persekitaran pengkomputeran kanak-kanak, kami perlu membina pakej pemasangan perisian, yang dikenali sebagai pakej Debian. Oleh kerana kami mempunyai banyak pakej tersuai, kami telah tetapan repositori kini serasi dengan Debian Lenny, Debian Squeeze dan besar kemungkinan mana-mana distro terkini yang berasaskan Debian Linux seperti Ubuntu. Tujuannya adalah untuk memudahkan penyusunan persekitaran yang sama dengan CDROM atau kekunci USB. Jika anda baru menggunakan CDROM DoudouLinux atau kekunci USB, anda tidak memerlukan repositori ini!

Untuk memasukkan pakej DoudouLinux ke dalam sistem anda, anda boleh muat turun satu demi satu, tetapi kaedah pilihan adalah untuk mengisytiharkan repositori kami dalam sistem anda. Untuk melakukannya, tambah baris berikut dalam repositori fail konfigurasi /etc/apt/sources.list atau dalam fail baru dalam direktori /etc/apt/sources.list.d/:

Untuk Debian Lenny

deb http://debian.doudoulinux.org/ lenny main

Untuk Debian Squeeze

deb http://debian.doudoulinux.org/ squeeze main

Anda juga perlu mengambil kunci repositori untuk mengesahkan pakej yang dimuat turun. Kaedah yang disyorkan adalah dengan memasang pakej doudoulinux-keyring selepas repositori DoudouLinux diisytiharkan, kemudian muat semula maklumat repositori:

$ sudo apt-get update
$ sudo apt-get install doudoulinux-keyring
$ sudo apt-get update

Nota: apt-get akan meminta anda sama ada anda benar-benar mahu untuk memasang pakej ini yang tidak disahkan. Anda perlu memperakuinya, ini adalah sama sekali tanpa risiko.

Kaedah lain terdiri dari memuat turun kunci secara manual kemudian mengisytiharkan kepada pengurus kunci pakej dengan perintah berikut:

$ wget -O - http://debian.doudoulinux.org/doudoulinux.asc | sudo apt-key add -

identica logo facebook logo google+ logo

Lokasi geografi pengunjung

DoudouLinux logo Debian logo TSPU logo Genesi logo Gandi logo Hosting Extreme logo Linux Jobs Reviewed by I love Free Software

Creative Commons Copyright © DoudouLinux.org team - Semua teks dalam laman ini diterbitkan di bawah lesen Creative Commons BY-SA

SPIP | template | Peta Laman| Follow-up of the site's activity RSS 2.0