DoudouLinux DoudouLinux

Komputer pilihan mereka!

Langues du site [ar] [de] [en] [es] [fr] [it] [ms] [pt] [pt_br] [ro] [ru] [sr] [zh]

> Bahasa Malaysia

DoudouLinux - Komputer pilihan mereka!

Berkongsi dengan Digg Berkongsi dengan Reddit Berkongsi dengan Twitter Berkongsi dengan Facebook Berkongsi dengan YCombinator Berkongsi dengan DZone Berkongsi dengan Slashdot Berkongsi dengan StumbleUpon Berkongsi dengan Del.icio.us Yoolink LinkedIn

Blue fish - gartoon {PNG} DoudouLinux [1] direka khas untuk kanak-kanak agar penggunaan komputer menjadi semudah dan seseronok yang mungkin bagi mereka (termasuk ibu bapa juga! [2]). DoudouLinux menyediakan berpuluh-puluh aplikasi yang sesuai untuk kanak-kanak dari 2 ke 12 tahun dan memberikan mereka satu persekitaran yang mudah untuk digunakan sebagaimana konsol permainan. Kanak-kanak boleh belajar, menemui dan berseronok tanpa perlu sentiasa diawasi oleh ibu bapa!

fr-doudou-gdm

Smiling man - gartoon {PNG} Namun DoudouLinux juga dibina untuk memudahkan ibu dan bapa. Terdapat dalam bentuk CDROM autorun, DoudouLinux tidak perlu dipasang. Ia tidak menyentuh data di dalam komputer yang dijalankan, mahupun sistem yang dipasang pada komputer. Didatangkan dengan penapis kandungan terbina dalam, ia menghalang kanak-kanak daripada secara tidak sengaja melawat laman-laman web tak baik [3]. Anda boleh membawanya ke mana-mana sahaja dan membiarkan kanak-kanak di mana-mana komputer tanpa perlu bimbang. DoudouLinux boleh dipinjamkan, ditawarkan, dipinjamkan semula, disalin seberapa kerap yang anda mahu. Sama seperti yang mereka lakukan di taman permainan sekolah! Ia adalah sah sepenuhnya mengikut undang-undang, jadi DoudouLinux adalah benar-benar bebas risiko daripada semua sudut pandangan.

Muat turun CD sekarang

DoudouLinux 1.2 Gondwana Malay (671 MB)

SHA1 checksum 6149dfc88e55b7aea4e206e8585dc221c6294906

Earth - gartoon {PNG} DoudouLinux juga mensasarkan untuk menjadikan komputer boleh diperolehi oleh semua kanak-kanak di dunia, tanpa diskriminasi. Atas sebab ini, laman web DoudouLinux.org membolehkan anda memuat turun versi penuh serta percuma dan akan sentiasa berbuat demikian. Selain itu, DoudouLinux didapati dalam beberapa bahasa supaya setiap kanak-kanak akan berasa selesa apabila mereka mula membaca. Ketika ini kami menyokong 15 bahasa berikut: Bahasa Arab, Cina, Belanda, Bahasa Inggeris, Perancis, Yunani, Itali, Parsi, Poland, Romania, Russia, Sepanyol, Serbia, Sweden dan Ukraine. Di samping itu, sebagai permulaan, kami jugs mencadangkan Jerman, Ibrani, Indonesia, Portugis, Turki dan Vietnam. Lebih daripada 60 bahasa boleh dijana [4], Malangnya kualiti terjemahan tidak seragam antara bahasa. Jika anda ingin untuk membantu menterjemahkan bahasa anda, silalah hubungi kami.

Baca lagi…

Notes

[1] Disebut “DueDueLinux”.

[2] Bagaimanapun, ibu bapa perlu menjalankan latihan pada waktu malam jika tidak mahu berasa kekok!

[3] Fungsi ini masih dalam ujian untuk beberapa bahasa seperti Bahasa Arab, Bahasa Romania, Serbia dan Ukraine, serta bahasa percubaan.

[4] DoudouLinux sudah tersedia untuk dimuat turun dalam beberapa bahasa, tetapi ia tidak mustahil untuk membina semula DoudouLinux dalam lebih banyak bahasa.

identica logo facebook logo google+ logo

Lokasi geografi pengunjung

Solutions Linux banner DoudouLinux logo Debian logo TSPU logo Genesi logo Linux Jobs

Creative Commons Copyright © DoudouLinux.org team - Semua teks dalam laman ini diterbitkan di bawah lesen Creative Commons BY-SA

SPIP | squelette | Peta Laman| Suivre la vie du site RSS 2.0